Monday, December 28, 2009

CARA MEMBUAT MEE KUNING

PendidikanSumber:Alkiram
MEE KUNING [NoorMasri]-Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:
350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
                                sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
                                1 sudu kecil garam
                                                            6 sudu besar minyak masak
                                                            sedikit tepung utk taburan




Cara membuat:
Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
Bahagi doh kpd 4 bahagian
Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap


MEE KUNING MamaFaMi
[sumber Datin Salmah]/mamafami photopage
Bahan-bahan :
4 cawan tepung
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur @ air abu
secukup pewarna kuning (optional).

Cara :
* Masukkan tepung, telur, air kapur dan pewarna kuning dalam mixer.
* Onkan mixer dan tuang air sikit demi sikit sehingga doh yang agak kental terhasil (not too soft). Uli for about 10 minutes.
* Biarkan doh rehat untuk 1 - 2 jam.
* Masukkan air secukupnya dalam periuk, bersama sedikit garam dan minyak. Didihkan.
* Sementara menunggu air mendidih, buatkan bebola kecil dari doh tadi dan roll flat. Coat dengan tepung dan lalukan pada mesin yang licin sebanyak 3 kali.
* Coat kepingan tadi dengan tepung (supaya tidak melekat pada mesin nanti) dan lalukan kat mesin potong mi. Proses ni harus dilakukan dengan laju sikit supaya doh tak melekat pada mesin.
* Setelah semuanya selesai, masukkan mi kuning dalam air mendidih dan kacau selama 5 minit.
*Tuangkan mi tadi ke dalam tapisan dan lalukan pada air paip.
*Toskan mi tersebut dan bila dah sejuk, gaulkan minyak rata-rata atas mee tadi. Sedia untuk digunakan….

NOTA : Jangan masukkan garam dalam adunan kerana dikhuatiri akan membuat mesin pasta berkarat.