Saturday, October 20, 2012


kek chiffon pandan
 Bahan A
* 6 biji kuning telur                           * 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat                    * ½ sudu kecil garam
 * 1 cawan gula pasir                              * pewarna hijau dan perisa pandan
 * 1 1/2 cawan tepung gandum                *diayak
* 2 sudu kecil baking powde                  * diayak

 Bahan B
 * 6 biji putih telur      * 1/2 cawan gula pasir                * 1 sudu kecil cream of tar tar
 Cara-cara

 Bahan (A): Masukkan kuning telur, garam dan gula.
Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup) Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi
. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B): Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar.
 Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh
 Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.