Monday, December 28, 2009

CARA MEMBUAT MEE KUNING

PendidikanSumber:Alkiram
MEE KUNING [NoorMasri]-Menghasilkan 700 g mee kuning

Bahan-bahan:
350g tepung high protein
2 biji putih telur
1 sudu kecil air kapur
100 ml air
                                sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
                                1 sudu kecil garam
                                                            6 sudu besar minyak masak
                                                            sedikit tepung utk taburan




Cara membuat:
Ayak tepung ke dalam mangkuk besar, buat lubang ditengahnya
Di dalam bekas lain campurkan telur, air kapur, air, pewarna kuning dan garam kemudian kacau sebati
Curahkan campuran air tadi ketengah2 tepung.
Uli sehingga sebati dan menjadi doh yg kental
Bahagi doh kpd 4 bahagian
Ambil 1 bahagian, leperkan kemudian lalukan ke dlm mesin (guna yg paling tebal, bermula no 1 kalau mesin K.Noor)
Kemudian ulang menggeleknya sehingga hasilnya licin dgn menggunakan ketebalan yg makin berkurangan
Pilih ketebalan yg dikehendaki (K.Noor guna no 4), gelek utk kali terakhir disini
Sapukan sedikit tepung atasnya (supaya bila mee keluar ianya tak melekat antara satu sama lain) kemudian lalukan kpd mesin juraian mee
Ulang begini sehingga abis ke empat2 bahagian doh tadi
Bila dah selesai kesemuanya, didihkan air masukkan 3 sudu besar minyak dlm air tersebut
Celur mee dlm air mendidih (guna api perlahan) selama 2 minit (jgn celur sekali gus, celur sket2 mee tu)
Kemudian toskan mee tersbt, gaul dgn 3 sudu besar minyak masak
Sedia utk digunakan atau boleh disimpan dlm peti sejuk selama 3-4 hari.

Nota: Doh mee ni mmg keras jika dibandingkan dgn doh karipap


MEE KUNING MamaFaMi
[sumber Datin Salmah]/mamafami photopage
Bahan-bahan :
4 cawan tepung
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur @ air abu
secukup pewarna kuning (optional).

Cara :
* Masukkan tepung, telur, air kapur dan pewarna kuning dalam mixer.
* Onkan mixer dan tuang air sikit demi sikit sehingga doh yang agak kental terhasil (not too soft). Uli for about 10 minutes.
* Biarkan doh rehat untuk 1 - 2 jam.
* Masukkan air secukupnya dalam periuk, bersama sedikit garam dan minyak. Didihkan.
* Sementara menunggu air mendidih, buatkan bebola kecil dari doh tadi dan roll flat. Coat dengan tepung dan lalukan pada mesin yang licin sebanyak 3 kali.
* Coat kepingan tadi dengan tepung (supaya tidak melekat pada mesin nanti) dan lalukan kat mesin potong mi. Proses ni harus dilakukan dengan laju sikit supaya doh tak melekat pada mesin.
* Setelah semuanya selesai, masukkan mi kuning dalam air mendidih dan kacau selama 5 minit.
*Tuangkan mi tadi ke dalam tapisan dan lalukan pada air paip.
*Toskan mi tersebut dan bila dah sejuk, gaulkan minyak rata-rata atas mee tadi. Sedia untuk digunakan….

NOTA : Jangan masukkan garam dalam adunan kerana dikhuatiri akan membuat mesin pasta berkarat.




Monday, November 23, 2009

BALIK KAMPUNG SEBELUM RAYA KORBAN.

          Salam. Ooooooooooopssssssssssssss dah lama rupanye tak jenguk
blog nie...So tak ada news yang baru.Saya sibuk nengok blog org lain je sampai
terlupa hak sendiri.Macamana nak update yeeee. I ni tak pandai sgt pasal IT ni.
Tengok blog pun rasa cam tak best je... ada idea nak bagi best tapi tak tau
nak buat camna, camna tu yea? Semalam aye balik kampung gi makan durian.
          Ada la manggis sikit. Rambutan banyak betul. Manis lak tu .Korang nak ke?
Kalau nak pilah balik kampung. Yang best lagi , first time aye tau abah ade
 tanam pokok petai. Rasanya dah lebih 25 tahun usia pokok tu (sbb masa
 kecik-kecik dulu ada tolong ayah membersihkan kawasan ladang tu) baru tahun
 ni dia berbuah. Buahnya (mata) besar.Kesiannya my hubby la dapat
parut kat badan sepanjang 5 inci sebab kena skru penyambung galah besi.3 x sambung.
Berat betul katanya.Tinggi pokok tu adalah dalam 60 kaki lebih lagi kot.
Batang pokok tu ada le 2 pemelok (kata suami saya).
           Dah lama saya tak pernah gi ladang (semenjak lepas sekolah
 menengah sampai sekarang).Harap aye tak akan pernah lupa diri dan asal usul.
Sebenarnya tahun ni saya tak balik beraya Haji di Kampung.
Kami nak beraya di Johor.Orang sana beriya-iya ngajak lagipun
anak-anak kita tak nah gi sana lagi.Hari Ahad ayah Mat Pet meninggal dunia.
 Alfatihah.Tolong baca ye.Dia ni dulu imam di masjid Kg. Sg. Ramal Dalam.
Orang panggil dia Wak Kassim.
Diari:

Sabtu- 21 nov 2009 (4 ZULHIJJAH 1430 HIJRIYAH)


Tengahari gi makan kenduri di Serdang. Nampak rumah Kak Zah sedang
di Touch-up Painting , nampak kak Zah dah bersiap ingatkan nak pergi
sama rupanya dah pergi dan nakpergi ke Putrajaya pula ada lagi satu
jemputan. Tanya knp dia telefon dulu tu. Rupanya anak dia nak kahwin dah.
                 On the way balik bagitau abg, mlm tadi aye call adik kat kg. Dia suruh balik makan durian.
Abang kata banyak ke buahnya. Aye call adik lg skali, dia kata setiap hari bawa balik seguni. Okeyla
kita balik sekarang, kata abang. Balik penye...pakaian pa pun tak ade bawa ni. Balik siap kain baju terus balik kg jam 3.15pm.Sampai kg jam 5.15pm kat umah abang dia.Singgah solat kejap.Ucap tahniah kat anak dia dapat 5A dlam UPSR 2009. Jam6.30pm balik umah aye lak.
                 +-  7.00pm sampai .Mak tengah makan buka puasa sunat Aye plak dah lama tak buat solat dan puasa sunat ni. Tuhan nak tegur kot. Tv dan komputer rosak...Ingat bebudak mati kutu...Tapi ada hikmahnya.Dapatlah diorang bersenda gurau ngan anak adik .Kucing pun dah banyak yang mati. Tinggal 2 ekor.Tapi yang ni tak suka dok dalam umah. Bagusle tak le bau kucing kat dalam. Yang tak bestnye ade kucing luar suke pancut kat dinding luar rumah. Busuk kat luar le pulak..Kucing jantan mana le tu.... Mlm tidur .
Ahad  22 NOV 2009    (5 ZULHIJJAH 1430 H)
                       Solat Subuh.........releks kemudian diorang gi ladang. Termasuk mak. Eh...mak puasa ke tak? Tak tanya plak.....Eh  tak............tadi dia ikut pergi kenduri . Balik kenduri kami masak untuk 3 orang yang tak gi kenduri Abah, Abang dan Adik. Wow...sambal petai udang. Tapi tak rasa pun sbb kenyang lagi. Kul 4 pm sblm blk aye dan angah(anak) kongsi pinggan makan nasi sambal petai je. Pastu  sbl balik buat jumper kereta Almarhumah Ati (adik), tak berjaya sbb wayar rosak kot. Singgah umah Mak Da jap. Solat Asar. Makan roti buatan Mak Uda (ipar aye)Emmmmmmmmmmm sodp. Semua dia belajar sendiri melalui internet.Terutamanya Resepi Diana. Selalu dia buat special tuk kitorang. Tak kiralah sesapa pun yang dtg pasti ada hidangan luar biasa yang dia buat kalau sihat badan dan poket lah.:-)
                    
                       Jam 6.00pm bertolak ke selatan melalui Highway. 6.53pm sampai kat jejantas Sg. Buluh Solat jamak dan Qasar sekali. Keluar tol Kajang gi rumah Wak Kassim sampai sana jam 8.10pm. Jumpalah Mat Pet and family kat dapur. Aye and anak-anak masuk dlm rumah abang sembang kat luar je. Ade baca Yassin dan tahlil. 8.30 kami balik sbl orang kat masjid sampai. Balik..........tidur.

ISNIN  5  Z/H1430H


Damia dtg, Qaisara tak dtg sbb nenek dia datang jaga. Minggu ni sampai raya Qaisara tak ada.
Haris pun tak datang sbb dah cuti sekolah. AIMAN   gi PDK. Bahagikan rambutan kpd bbrp beg plastik. Dah bagi Nenek Qaisara  dan Pak Damia. Ada lagi 2 utk adik di Presint 9 dan Kajang tapi depa tak datang. Esok klu tak dtg gak nak kasi Cik Leman. Baru balik hari Sabtu tadi nak jumpa family yang dah lama kesunyian.
          

Sunday, November 1, 2009

http://www.ujanailmu.com.my  
ini adalah pautan kpd sesiapa yang nak beli buku. boleh cari idea nak beli buku apa.
http://www.kuliyah.net/V1/streaming-kuliyah/ustaz-kazim-elias-kelebihan-anak-perempuan.html
http://www.kuliyah.net/ustaz-kazim-elias cuba lah cari blog ni.Kalau takdapat usaha cara lain plak.

Saturday, October 31, 2009

Kesal kerana banyak ruangan ceramah yang saya ikuti dah di blok. Siapa
nye kerja ni. Ni je cara saya nak dapat ilmu free.....
              Semoga Allah membalas orang yang buat kerja tak baik tu.......
ya lah saya nak dengar ceramah agama sambil buat kerja rumah pun tak
leh..............geram betullah.Bukannya I nak jadi terrorist on. Setakat ni I
tak de niat nak bom diri sendiri pun..........peliklah manusia yang
"narrow minded"  ni. Ikut logik akal juga lah kalaupun ayat Quran kata
sanggup berkorban jiwa dan raga tu. Ada juga ayat lain yang kata jangan
lah kamu membunuh diri sendiri ataupun orang lain. Maaflah...
sambungannya dah tak ingat...Maknanya berdosa bsr orang
yang buat kerja tu. Apalagi kalau membunuh sesama Islam kan
         Patutnya buatlah macam nabi buat tu...Dakwah setiap
masa, saat dan ketika walaupun dalam hati..

              Wallahua'lam.
 
 Today I had surf this web.

http://abdullahmunir.blogspot.com/
http://alhakelantan.tripod.com/alquraan/id6.html
http://abdullahmunir.blogspot.com/
http://alhakelantan.tripod.com/alquraan/id8.html

 Semoga apa yang dicoretkan beri manafaat
kepadaku keluargaku dan anda pembaca semua

Friday, October 30, 2009

Deodorant Radix Men, Centella Woman, Centella Mild

Deodorant Radix Men, Centella Woman, Centella Mild

Posted using ShareThis
Bicaramuslim.com adalah tempat untuk membaca artikel  yang pelbagai dari pelbagai tajuk dan bidang yang diklasifikasikan secara berasingan.
  Di sini anda akan dapat  pelbagai info yang menarik.   http://www.bicaramuslim.com

         Terdahulu saya cuba masuki   http://www.kuliyah.net    tapi tak berjaya . Kenapa ya? Apakah ia sudah diblok ataupun ia yang memblok saya...............?Sayang sekali kerana saya sgt suka dengar kuliyah2 yang ada kat situ.

Tuesday, October 27, 2009

mengemas rumah
Hari ni saya taip tajuk mengemas rumah. Pada klik yang ke 3 kalinya jumpalah laman web ni.
Mengemasrumah.blogspot.com.Saya baca hampir separuh daripada artikel yang dia tulis ikut susunan. Lepas ni saya nak buatlah petua2 yang dia sarankan tu....Thanks la kat dia ni....

Monday, October 26, 2009

Kuliyah.net

Hari ni saya dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus- Biawak Hidup.............Pahangggggggggggg.................dok....
Best giler. Try le dengoooo.........Kawal marah. Marah kerana agama suruh marah je....Tajuk lain, Punca Keras hati, Kelebihan anak perempuan. Semua ilmu-ilmu yang belum ajar kat sekolah biasa..........try le masuk web ni.Kuliyah.netPratonton

Saturday, October 24, 2009

SAYANG ANAK

SUATU HARI TU SAYA TAIP SAYANG ANAK, MAKA MUNCULLAH LAMAN WEB   MKI. BARULAH TERBUKA MINDA BAHAWA KAT MALAYSIA NI MAZHAB LAIN PUN ADA. TAKPELAH.....I'VE NO COMMENT ABOUT THIS. Rasanya kita memang berbeza mazhab. Itu tak salah asalkan kita ikut je apa yang diajarkan........Cuma mazhab Shafie ni amat detail dan berhati-hati. Kita kena samak kalau terkena (basah) drp anjing atau babi. Bukan tak leh pegang langsung. Cuma tulah...susah gak nak cari tanah buat satu cucian dengan air tanah. Tu yang kebanyakan umat Islam di Malaysia ni tak nak terkena haiwan jenis ni. Bukan pasal jijik ke apa.
           Bab dera dan bunuh haiwan dgn kejam tu pun satu hal. Islam ni tak suruh bunuh pun. It has its right   to live in this Allah's World. Yang bom meletupkan diri tu pun Islam tak suruh. Rasa macam bunuh diri pulak. Maaflah kalau ada yang marah dgn pendapat ni. Saya ni jenis suka dengan ceramah dari kaset atau CD so ilmu-ilmu ni I dapat dari situ jelah....

Tuesday, October 20, 2009

Salam.........
Lepas check internet baru sah bukan Datok Ismail Kamus yang meninggal tapi orang lain...Ha... pengajarannya ialah, lainkali check dulu. Kalau betul baru publish. Tahun depan saya akan jual kuih raya. Home made punye. Sedap tau... tahun ni rasa tak sempatlah. Tapi untuk pelanggan Putrajaya jelah. Untuk tempahan lepas raya bolehlah. Antara kuih yang ada ialah biskut ais krim, almond London, dan lain-lain. Tahun depan mungkin saya jual muffin. Insya Allah.Untuk tempahan sms ke no: 019-6629141

Friday, September 4, 2009

Bercakap tentang bisnes online ni............
aye baru je try.......tak pandai lagi guna cara yang advance. Jadi segala order akan di bayar melalui bank yang diiktiraf ajelah.( yang saya ade aje) Antara bisnes yang saya dah buat ialah:-
  1. One drop perfumes
  2. Score A Programme
  3. Barangan Halal HPA
  4. Mengajar Asas Jahitan Manik
  5. Mengajar Asas membuat Baju Kurung.
  6. Mobile Money - jana wang dengan hanya menggunakan telefon bimbit.
Saya ada supply biskut utk kws Putrajaya saja. Call 019-6629141

Sesiapa nak tempah biskut raya home made.........
  1. Tart nenas
  2. Almond London
  3. Ais krim
  4. coklat cips

Thursday, August 27, 2009

Blogger: bisnes online - Buat Catatan

Blogger: bisnes online - Buat Catatan

Semalam aye gi shopping baju raya anak-anak. Penatnye.Balik masak dah dekat nak berbuka bancuhlah air campuran kismis ,air, madu,tamar,dan gula. Lepas kacau aye pun rasa le. Tawar rasanya, tambah lagi gula. Rasa lagi sekali.Ok dah......
Tup-tup teringat aye tengah puasa le. Cpt-cpt la kumur. Ha......ha............Rezeki la tu. 5 minit pastu azam pun berkumandang. Tak yah makan kurma sbb buat jus dah. Tadi ada beli buah tamar di Maidin. Tak buka lagi. Malamnya dapat dua kotak lagi dari kawan abang . Jiran kami yang baik hati. Siap ada beli Kit Kat lagi. Dia kata siang semalam dia dah datang hantar siap bunyi bell lagi. Dia dengar bunyi riuh kat dalam umah sedangkan sya keluar sblm kul 10.00 a.m. Balik umah kul 5.15 pm. Agak-agak sape le ye kat umah tu? Jin ke? Memang kompem tak de orang kat umah.......Dulu jiran saya kata masa rumah ni kosong dia selalu dengar bunyi orang tolak kerusi. Saya kata kat dia ............oooooooooooooooo..................patut le anak bongsu aye yang autisme tu hari-hari mesti tolak kerusi. Kalau dihalang dia marah.Semalam saya beli 3 permainan baru kat kedai RM2. Sibuk main benda tu sampai lupa tolak kerusi .Alhamdulillah.
Masa abang bawa balik kurma yang kawan bagi tu abang kata le ada lagi satu berita terkini..........Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia kat Mekah. Ye ke? Tadi siang saya ade beli satu CD beliau. Lps ni kena lacheck berita ni betul ke tak.........
Tentang jiran aye ni dia dah tinggalkan isteri dia dekat sebulan dah. Tapi jgn terkejut lak semuanye sbb kena tukar ke luar negara. Isteri dia malas nak ikut cepat-cepat. Ialah..........inilah baru nak masuk 2 tahun dia stay kat Malaysia. Kalau tak tu asyik dok negeri omputeh memanjang. Tahun depan baru dia nak ikut gi sana, kena la berhenti kerja lagi. Lagi pun anak nak periksa di MRSM. Pandai-pandai anak dia nie.Aye ade banyak lagi nak diuruskan ni......... lain kali cerita lagi.
Hari ini saya mesti cuba tulis sesuatu. Sblm ni macam-macam saya buat tapi tak berjaya buat catatan. Kiranya aye ni asyik try and error jelah macam menjahit jugak.

Saturday, August 22, 2009

REZEKI HALAL

Tambah Video
REZEKI HALAL


ASSALAMUA’LAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH
Semua orang nak cari rezeki halal. Termasuklah aye ni $$$$$
Kat sini aye nak bagi idea camne nak buat duit cara halal....
Ha ......best kan.
Tentu ramai antara korang kat sini yang dah pernah berniaga kan.
Aye dulu pernah gak jual goreng pisang dan nasi lemak kat gerai kat tepi jalan. Seronok betul masa berniaga tu...Ade customer tu bagi nama nasi lemak aye “Nasi Lemak Igauan”. Ha...ha... ni mesti selalu mengigau lepas makan.....Tu la sapa suruh tido lepas makan.
Cian dia....yang bestnya bukan dia je yang suka tapi isteri dia yang pregnant tu pun hari-hari nak makan nasi lemak aye....pelanggan nya le ramai Satu Malaysialah katakan. Tu la kot baru PM dapat idea satu Malaysia. “Angkat bakul lak aye ni”. Yang menipu pun ramai gak tapi aye tak kisah... Lagi banyak orang tipu lagi luas rezeki kita.
Sambil-sambil tu buat juga le side income. Penatnya berniaga ni tak yah ceritalah tapi bagusnya hubby aye rajin tolong. Kalau sendirian tentu dah give up. Anak-anak pun memahami dan ada yang rajin tolong maklumlah dapat upah. Dahlah tu... merapu je ni saje je nak “flash back” zaman kesusahan aye tu.
Bagi yang sedang berniaga tu teruskanlah berniaga semoga sukses selalu. InsyaAllah Amin moga anda diberkati Allah. Harapan aye agar dapat pergi haji tahun depan. Berangan le dulu. InsyaAllah Tuhan kabulkan. Selama ni tuhan selalu kabulkan permintaanku. Ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang tak disangka-sangka dan ada yang belum. Sebagai hambanya kenalah selalu berdoa. Janganlah sombong sampai tak nak minta apa-apa pun dari Allah.
Ni nak bagi petua buat semua hamba Allah....sebelum keluar rumah untuk bekerja mencari nafkah hatta nak shopping sekalipun buatlah sesuatu seperti ini.
1. Baca “Basmalah”
2. Baca doa keluar rumah
3. Solat Dhuha__dengannya,Allah akan menambahkan rezeki dari arah yang tak diketahui @ disangka-sangka.Yakinlah.
4. Jual barang-barang yang bersih dan halal dan bersikap jujur.
5. Kalau memasak tu berzikirlah ataupun cukup sekadar mengingati Allah sentiasa.
6. Kalau anda menggunakan telur, basuh bersih-bersih dulu kulit telurnya.
Itu ajelah buat kali ni.....lain kali cerita lagi.......
Adiosss