Salam. Ooooooooooopssssssssssssss dah lama rupanye tak jenguk
blog nie...So tak ada news yang baru.Saya sibuk nengok blog org lain je sampai
terlupa hak sendiri.Macamana nak update yeeee. I ni tak pandai sgt pasal IT ni.
Tengok blog pun rasa cam tak best je... ada idea nak bagi best tapi tak tau
nak buat camna, camna tu yea? Semalam aye balik kampung gi makan durian.
Ada la manggis sikit. Rambutan banyak betul. Manis lak tu .Korang nak ke?
Kalau nak pilah balik kampung. Yang best lagi , first time aye tau abah ade
tanam pokok petai. Rasanya dah lebih 25 tahun usia pokok tu (sbb masa
kecik-kecik dulu ada tolong ayah membersihkan kawasan ladang tu) baru tahun
ni dia berbuah. Buahnya (mata) besar.Kesiannya my hubby la dapat
parut kat badan sepanjang 5 inci sebab kena skru penyambung galah besi.3 x sambung.
Berat betul katanya.Tinggi pokok tu adalah dalam 60 kaki lebih lagi kot.
Batang pokok tu ada le 2 pemelok (kata suami saya).
Dah lama saya tak pernah gi ladang (semenjak lepas sekolah
menengah sampai sekarang).Harap aye tak akan pernah lupa diri dan asal usul.
Sebenarnya tahun ni saya tak balik beraya Haji di Kampung.
Kami nak beraya di Johor.Orang sana beriya-iya ngajak lagipun
anak-anak kita tak nah gi sana lagi.Hari Ahad ayah Mat Pet meninggal dunia.
Alfatihah.Tolong baca ye.Dia ni dulu imam di masjid Kg. Sg. Ramal Dalam.
Orang panggil dia Wak Kassim.
Diari:
Sabtu- 21 nov 2009 (4 ZULHIJJAH 1430 HIJRIYAH)
Tengahari gi makan kenduri di Serdang. Nampak rumah Kak Zah sedang
di Touch-up Painting , nampak kak Zah dah bersiap ingatkan nak pergi
sama rupanya dah pergi dan nakpergi ke Putrajaya pula ada lagi satu
jemputan. Tanya knp dia telefon dulu tu. Rupanya anak dia nak kahwin dah.
On the way balik bagitau abg, mlm tadi aye call adik kat kg. Dia suruh balik makan durian.
Abang kata banyak ke buahnya. Aye call adik lg skali, dia kata setiap hari bawa balik seguni. Okeyla
kita balik sekarang, kata abang. Balik penye...pakaian pa pun tak ade bawa ni. Balik siap kain baju terus balik kg jam 3.15pm.Sampai kg jam 5.15pm kat umah abang dia.Singgah solat kejap.Ucap tahniah kat anak dia dapat 5A dlam UPSR 2009. Jam6.30pm balik umah aye lak.
+- 7.00pm sampai .Mak tengah makan buka puasa sunat Aye plak dah lama tak buat solat dan puasa sunat ni. Tuhan nak tegur kot. Tv dan komputer rosak...Ingat bebudak mati kutu...Tapi ada hikmahnya.Dapatlah diorang bersenda gurau ngan anak adik .Kucing pun dah banyak yang mati. Tinggal 2 ekor.Tapi yang ni tak suka dok dalam umah. Bagusle tak le bau kucing kat dalam. Yang tak bestnye ade kucing luar suke pancut kat dinding luar rumah. Busuk kat luar le pulak..Kucing jantan mana le tu.... Mlm tidur .
Ahad 22 NOV 2009 (5 ZULHIJJAH 1430 H)
Solat Subuh.........releks kemudian diorang gi ladang. Termasuk mak. Eh...mak puasa ke tak? Tak tanya plak.....Eh tak............tadi dia ikut pergi kenduri . Balik kenduri kami masak untuk 3 orang yang tak gi kenduri Abah, Abang dan Adik. Wow...sambal petai udang. Tapi tak rasa pun sbb kenyang lagi. Kul 4 pm sblm blk aye dan angah(anak) kongsi pinggan makan nasi sambal petai je. Pastu sbl balik buat jumper kereta Almarhumah Ati (adik), tak berjaya sbb wayar rosak kot. Singgah umah Mak Da jap. Solat Asar. Makan roti buatan Mak Uda (ipar aye)Emmmmmmmmmmm sodp. Semua dia belajar sendiri melalui internet.Terutamanya Resepi Diana. Selalu dia buat special tuk kitorang. Tak kiralah sesapa pun yang dtg pasti ada hidangan luar biasa yang dia buat kalau sihat badan dan poket lah.:-)
Jam 6.00pm bertolak ke selatan melalui Highway. 6.53pm sampai kat jejantas Sg. Buluh Solat jamak dan Qasar sekali. Keluar tol Kajang gi rumah Wak Kassim sampai sana jam 8.10pm. Jumpalah Mat Pet and family kat dapur. Aye and anak-anak masuk dlm rumah abang sembang kat luar je. Ade baca Yassin dan tahlil. 8.30 kami balik sbl orang kat masjid sampai. Balik..........tidur.
ISNIN 5 Z/H1430H
Damia dtg, Qaisara tak dtg sbb nenek dia datang jaga. Minggu ni sampai raya Qaisara tak ada.
Haris pun tak datang sbb dah cuti sekolah. AIMAN gi PDK. Bahagikan rambutan kpd bbrp beg plastik. Dah bagi Nenek Qaisara dan Pak Damia. Ada lagi 2 utk adik di Presint 9 dan Kajang tapi depa tak datang. Esok klu tak dtg gak nak kasi Cik Leman. Baru balik hari Sabtu tadi nak jumpa family yang dah lama kesunyian.
No comments:
Post a Comment