Kisah burung gagak menolong hamba Allah.
Dikisahkan bahawa Ibrahim bin Adham bertaubat kerana ..........kisah ini.
One day, dia keluar memburu dgn menaiki kuda. Kemudian berehat utk makan roti.Tiba-tiba seekor gagak menyambar roti itu lalu terus terbang ke puncak gunung. Ibrahim pun mengekorinya dengan marah.OTW, dilihatnya gagak itu singgah disamping seorang lelaki yang terikat kedua kaki dan tangannya. Ibrahim pun bertanya.."Anda Siapa?" Orang itu pun berkata,"Sebenarnya aku seorg pedagangyang dirompak dan ditinggalkan di sini selama 7 hari. Allah menolongku dengan adanya gagak ini memberi aku makan setiap hari menggunakan paruhnya menyuapkan makanan kepadaku. Sesungguhnya Allah tidak membiarkan aku kelaparan." Setelah itu.....Ibrahim bin Adham bertaubat dan mulai memakai pakaian sufi yang lusuh dan meninggalkan segala kekayaan yang ada.Memerdekakan semua budak suruhan dan mewakafkan segala harta miliknya.beliau mengambil tongkat lalu menuju ke Mekah tanpa apa-apa bekalan dan kenderaan.Beliau tidak merasa lapar dgn kehendak Allah sehingga tiba di Kota Mekah. Wallahu a' lam.
No comments:
Post a Comment