Monday, March 1, 2010


Panduan membuat Flash Card.
Saya ambil kat blog  my superkids.net
Memang orang kata jadi ibu tak boleh malas. Tapi saya memang malas. Balik2 kerja jam 6.30 petang biasanya sampai rumah, kadang2 saya bawa anak2 jalan2 di area perumahan tu. Pegi playground atau just jalan je kat lorong tu.
Rutin malam2 memang biasa lah, makan mandi solat segala.
Dan flashcard ni, mana2 budak especially kalau kita start lambat, dia akan boring. Yang start awal2 pun ada yang tak tunjuk minat nak tengok flash card tu, tapi minat nak amik rampas, gigit2. Sebenarnya, memang macam tu la kekdahnya bila dengan budak2 ni. Diorang lagi nak cepat pandai, so di nak gigit semua biar terus masuk dalam perut jadi daging :D
Ada ibu2 yang tak sabar bila anak buat macam ni. Ada yang terus stop sebab tak tahan anak asyik tarik2 flashcard. Sayanglah kalau macam tu sebab dah bermula, tapi tak boleh teruskan, mungkin sebab tak cukup semangat.
Sebenarnya kaedah flash card ni, (untuk yang sokong early education/education at home sahaja) bole juga dibuat mengikut kreativiti. Kalau kita tak seronok bila anak mula tarik-tarik, koyak2… sebenarnya bukan masalah anak tu yang tak suka dengan flash card, tapi masalah kita. Mungkin kita yang kurang motivasi, atau kurang ilmu untuk ‘flash the card’. Mungkin kita cuma ikut2 orang je sedangkan kita pun tak pasti apa sebenarnya yang kita buat. Itulah yang menyebabkan kita mudah mengalah bila tengok anak macam tak berminat.
Anak2 di bawah umur 6 tahun, menurut Maria Montessori adalah dalam era ‘absorbent mind’ atau fasa penyerapan (bad translator!). Maknanya mereka akan menyerap segala maklumat yang ada tanpa sebarang argument di minda. Kalau dalam Islam, umur di bawah 5 tahun dikira belum mumaiyiz, iaitu belum dapat membezakan yang baik dan yang buruk. jadi mereka pukul rata saja ambil semua.
Kerana tu contoh yang baik, role model, adalah sangat2 penting pada peringkat umur ni. Bagaikan baru nak mencorak di kanvas putih, apa yang dia tengok, itulah yang dia simpan. Budak2 umur ni masih belum dapat fikir "Mengambil bedak Mama adalah salah di sisi undang2 Mama".
So anak2 ni memang tak dapat ‘faham’ untuk kali pertama kita buat sesi flashcard dengan dia. jadi sama ada, :
1) terus je buat secara konsisten 
2) menggunakan cara lain
Bagi saya si mommy yang malas ni, saya guna method (2) iaitu cari cara lain. Sebenarnya.. cara ni memang dah lama orang lain buat di samping flashcard manual. Tapi sebab saya malas so saya convert semua kepada flashcard style digital.
1. Buat dalam Power Point. 
2. Download video flashcard YouTube. 
3. Download flashcard yang dah sedia ada seperti di www.brillbaby.com 
4. Play VCD/DVD yang berbentuk flashcard seperti Your Baby Can Read, Brain Kids…
Syaratnya bila benda2 tu sedang play, kita kena ada sama dengan anak-anak. Sebab, bagi saya kita bukan nak membina sebuah robot tapi mendidik seorang anak. Sorang anak tu perlukan sentuhan kasih sayang dan suara maknye dari benda2 lain.
Berkesan ke kaedah flashcard ni? Ye, kalau kita konsisten dan melaksanakannya dengan ikhlas dan gembira. Tapi secara general (perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan) maybe kena buat research terhadap kanak2 yang mengikuti program Glenn Doman atau Shichida di negara2 yang dah lama follow method ni contohnya Jepun atau US. Yelah, kita pun taknakla kecik2 bijak kemain tapi bila dah besar, tak reti nak berfikir secara kritis kan.
Tapi tak adillah jadikan kes Sufiah Yusoff sebagai alasan untuk condemn early education hanya menghasilkan anak2 pandai belajar tapi tak pandai berfikir.
Ape-ape pun bergantunglah kepada individu. Ada orang suka buah durian, ada orang tak suka. Ada orang dia memang ‘gila’ tentang early education. Saya di tengah2 saja hehe. Yang penting, happy!
Anda puas hati dgn catatan ni? Nak lagi? Tunggu..................

No comments:

Post a Comment