Sunday, April 11, 2010

Halalan Toyyiba

Ini saya ambil dari blog go4halal

Herba Penawar Minyak Zaiton

Posted by go4halal on 20/03/2010
Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.
Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan.
Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.
KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
* Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
* Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
* Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
* Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
* Antioksidan dan antikanser
* Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
* Membekal vitamin E
* Kestabilan asid lemak
* Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
Artikel Berkaitan Minyak Zaitun Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Ada dua sediaan minyak zaitun dalam HPA, satu dalam bentuk minyak (asal), kedua pula dalam bentuk soft gel. Minyak zaitun untuk kegunaan makan/ubat ialah dari jenis extra virgin olive oil. Ciri istimewa dalam minyak zaitun HPA ialah kerana ia dari negara para anbia’ (Syiria)
Minyak berkualiti tinggi sangat diperlukan terutama untuk masalah saraf seperti kebas-kebas di hujung jari. Keistimewaan minyak zaitun sangat dirasai kerana ia di sebut Allah berkali-kali dalam Al- Quran. Dos yang mencukup untuk sekali pengambilan ialah 3 sudu besar/3 kali sehari.
Darah tinggi, ketumbuhan di payu dara dan buasir antara penyakit yang sangat berkesan dengan terapi minyak zaitun. InsyaAllah HPA akan terus keluarkan dalam bentuk minyak selain dari produk soft gelnya yang mula diberi perhatian.
Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati). InsyaAllah.
LDL penyebab sakit jantung
LDL dikenali sebagai kolestrol buruk yang boleh menyebabkan berlakunya ketersumbatan dalam arteri darah terutama di jantung. Biasanya LDL di kurangkan dengan peningkatan HDL . Banyak herba dalam HPA yang berfungsi bagi mengurangi LDL iaitu omega 3 soft gel, VCO soft gel dan Minyak zaitun Softgel. Pengambilan mestilah istiqamah dengan setiap jenis tidak kurang dari dos 2 biji pagi, 2 biji petang, 2 biji malam. (pilih salah satu produk sahaja untuk diamal)
Minyak ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi sangat berkesan sama ada dalam bentuk soft gel ataupun kapsul. Jika disinergikan dengan herba tuju angin kapsul ia menjadi lebih berkesan. Salah satu tanda LDL yang tinggi seseorang itu menjadi cepat marah dan berlakunya penyakit darah tinggi.

Terjadinya plak di gigi juga sebagai petanda terbentuknya penompokan plak dijantung akibat dari LDL yang terlalu tinggi.
Untuk mereka yang memasak, campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan supaya masakan lebih sedap dan berkhasiat.
Minyak Zaitun Softgel
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 32
Sabah & Sarawak: RM 36
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 28
Sabah & Sarawak: RM 32
Nilai Mata (NM): 10

Perjuangan dan tiada paksaan

Posted by go4halal on 19/03/2010
Malam ini network sangat perlahan, hampir putusasa untuk membuat satu post. Lama menunggu bagaikan ‘hang’. Sambil mendengar nasyid dendangan Raihan , Rabbani dan Hijjaz ni saya nak berkongsi kata-kata hikmat dari Pengarah Urusan HPA iaitu:
  • Perjuangan Yang Tiada Noktah

    ‘”HPA tetap teguh melalui pengalaman yang mendewasakan. Membangun dari semangat perkasa yang dibangunkan dari kejatuhan, tangisan dan kepayahan masa lalu untuk terus bangkit meneruskan pelayaran menuju ke suatu era kecemerlangan ummah dengan membawa misi dan visi yang tersendiri.”-Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.
  • Berniaga Bukan Memaksa

    Pengedar HPA tidak sepatutnya menjadikan keuntungan dan wang sebagai matlamat. Sebaliknya, perlu menganggap perniagaan HPA sebagai satu usaha untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kesihatan, selain menambah pendapatan sendiri. Maka pembeli tidak boleh dipaksa supaya membeli ubatan herba yang dijual. Herba dijual hanya jika pengguna benar-benar memerlukannya, atau ingin mengguna produk dengan kerelaan sendiri. Jika tidak, herba yang dijual secara paksa akan jadi sia-sia dan membazir.
    Sumber: Tn. Hj. Ismail Ahmad, KPJ siri 4
Oleh itu  semua ahli/bukan ahli yang makan dan minum setiap hari, gosok gigi setiap hari, bersolek setiap hari….dan didalam hati inginkan produk halalan toyyiban (halal dan disediakan oleh orang yang solat 5 waktu) … JOM sertai kami dalam perjuangan memartabatkan Industri Produk Islam 100% ini Halal lagi Toyyib ini.
Teringat saya masa makan tengahari bersama sahabat, pelik saya melihat dia memesan minuman panas tengahari buta…panas lit2 .
Saya       : Eh tak panas ke? Jomlah minum juice tembikai ke, fresh orange ke…kan panas ni? bagi aku 10 sebab , kenapa nak radix panas tu?.
sahabat  senyum……aku ada 1 sebab je.
Saya        : ek…bagi 1 sebab dulu lagi 9 kemudian.
Sahabat : Betul ke nak saya ceritakan mengapa saya pesan minuman panas tengahari?
Sahabat : Tunggulah balik nanti…takut juice temikai hang tu membazir pulak nanti…
Saya        : Alah dia ni buat suspenlah pulak…cerita je lah …
Sahabat :  Hmmm…kat umah aku ada kilang ais jenama CR15t4l . Aku tengok anjing duk keluar masuk kilang tu. Nak-nak tengahari … maklum kat luar panas…?Bukan se ekor..baanyakkk!
Saya        : Alah…aku mula terbayang air liur anjing tu…eee….ni minum air batu + air liur anjing lah ni?
Sahabat : Kalau sedap minum jelah…apa kesah…
Saya       : Uekkks…tetiba tekak jadi loya terbayang air liur anjing berjejesan….dengan lidahnya yang panjang terjelir keluar.
Saya        : Tolonggggggg! Ais tu ada logo JAKIM tak?
Sabahat : hahaha…kih kih kih…kalau ada logo berseleralah ya…
Saya        : Tengok tak Buliten 3 malam tadi…penguat kuasa rumah sembelihan dikurung 4 jam masa diorang datang nak buat pemantauan ‘kehalalan’…
Sahabat : Tengok…alah dah berapa kalilah keluar kat TV tu macam2 kes sembelih… lantaklah diorang yang kemaruk nak makan ayam pasaraya…aku makan ayam HPA je…confirm halal toyyiban.
Saya      : Yang kat kedai ni dia beli dari pasaraya mana ek?
:( kalau makan kat luar janganlah makan ayam…makan ikan je…

Sotong Kering Sedap Tapi Bahaya?

Posted by go4halal on 12/03/2010
Jika saya yang katakan sotong kering ni bahaya dan mengandungi logam berat mesti ramai yang kata saya ialah seorang penyebar fitnah.  Jom kita tengok penemuan CAP dalam artikel ni:
GEORGETOWN : Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.  Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
“Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,” kata Presidennya, S. M.
Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih
rendah.
“Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,” ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta
tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.
Hati-hatilah memilih makanan. Pastikan Halalan Toyyiban..insyallah selamat dunia dan akhirat. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment