Friday, June 7, 2013

Today...
I start blogging again... after along long period.
actually... I always do windows blogging... and today I found this two nice blogs... here I share with U all
http://www.wanista.com/  and the other one is
http://thetalkingparrott.blogspot.com/?expref=next-blog

the first one contains many secrets of diets....... suits to me.... I think...
lets see what can we share together. If u don't understand, translate it to Malay because I'm a Malaysian People.... speking Malay.

Hari pertama
  • Anda boleh makan semua jenis buah-buahan kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilihlah yang sihat dan semula jadi (elakkan minuman bergas dan manis).
  • Jus tembikai merupakan minum yang mempunyai kalori paling rendah. Jadi, ia sangatlah digalakkan untuk minum. Selain itu, anda disarankan makan sup
  • Pengambilan nasi amat tidak digalakkan kerana nasi mengandungi jumlah karbohidrat yang sangat tinggi dan tidak sesuai untuk orang yang bediet.
Hari kedua
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Anda tidak digalakkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Menu untuk sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting, lupakan mentega dan mayonis. Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa tambahan.
Hari ketiga
  • Gabungkan makanan hari pertama dan hari kedua
  • Hari ketiga ni anda tak perlu ambil kentang dalam menu diet anda. Gantikan dengan benda lain.
Hari keempat
  • Untuk hari yang keempat, boleh makan pisang dan minum susu rendah lemak. Anda boleh ambil sebanyak mana yang boleh tetapi nasi tetap tidak digalakkan.
  • Sup dibenarkan ( semua jenis sup dibenarkan, tapi lebih elok kalau makan sup sayur je)
  • Ini merupakan hari yang agak berat dan tercabar tapi anda harus kuatkan semangat!
Hari kelima
  • Untuk hari yang kelima, anda bolehlah makan daging (ayam atau ikan sahaja)
  • Makan tomato segar sebanyak 6 biji (maksima)
  • Sup sayur dibenarkan (kurang lemak)
Hari keenam
  • Anda dibenarkan untuk makan stik. Segala jenis stik dibenarkan (yang halal je lah ye)
  • Sayur berdaun disarankan dalam menu.
  • Brokoli juga sangat digalakkan kerana ianya dapat mencegah kanser.
  • Anda dibenarkan untuk mengambil sup.
Hari ketujuh
  • Berita gembira untuk anda kerana anda dibenarkan untuk makan nasi TETAPI hanya beras perang dibenarkan.
  • Lengkapkan hidangan anda dengan jus buah segar tanpa gula tambahan.
  • Sup sayur, sup kentang, sup ayam boleh disertakan sekali dalam hidangan anda.
Kalau anda berjaya lakukannya untuk tujuh hari, mungkin anda dah hilang beberapa kg. Langkah pertama dah lepas, anda bolehlah cuba untuk sebulan pula. Yang penting ialah niat, semangat dan disiplin. Kalau semua itu tidak ada, anda diet macam mana pun tetap tak akan berhasil.
Kuatkan semangat, selamat mencuba dan semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment